Cataloged AutobiographyBERKENAAN SAYA
Hello. Saya adalah self-taught web designer yang banyak menghabiskan masa meneroka penggunaan CSS dan HTML. Blogging hanyalah hobi. Teruskan membaca..
The Readable Journal
MENEROKA ARTIKEL
Teroka artikel berhubung dengan tutorial, contoh dan penggunaan CSS dan HTML dalam web design di ruang ini. Web design menyeronokan. Ke tutorial...Klik sini
Astrolab Tool
KATEGORI ARTIKEL
Suatu sistem yang berfungsi untuk membantu menjelajahi topik-topik terkait dan menyenaraikan pelbagai sub-bahagian artikel...Klik sini



MENAMBAH PAGE ELEMENT DI HEADER ATAU FOOTER
April 7, 2008
Posted by: Fauzie


Jika kita lihat di bahagian Template-> Page Element, kita akan dapati terdapat pilihan untuk menambah Page Element di bahagian Sidebar atau Footer, tetapi tidak di bahagian "Header" dan "Blog Posts".

Mempunyai Page Element di bahagian Header dan Blog Post banyak kegunaannya terutama jika kita hendak memasukkan gambar atau meletakkan iklan-iklan Google Adsense.

Untuk menambah "Add a Page Element" pergi ke "Template" dan klik "Edit HTML". Skrol ke bawah dan cari kod-kod seperti di bawah. Angka dan huruf berwarna maroon hendaklah ditukar. Angka 1 bolehlah ditukar kepada angka 3 (untuk mendapatkan tambahan 2 lagi unit Add a Page Element) dan perkataan 'no' hendaklah ditukar kepada 'yes'. Jom kita lihat kod-kod ini:

<div
id='header-wrapper'>
<b:section class='header' id='header'
maxwidgets='1' showaddelement='no'>


Ini kod yang telah dibuat perubahan.

<div
id='header-wrapper'>
<b:section class='header' id='header'
maxwidgets='3' showaddelement='yes'>


Sekarang di bahagian "Header" anda mempunyai 3 "page element". Anda boleh menambah dengan lebih banyak dengan menukar nombor "maxwidgets."

Anda juga boleh menambah "Add a Page Element" di bahagian Blog Posts. Sila skrol ke bawah hingga anda bertemu kod-kod ini:-

<divid='main-wrapper'>
<b:section class='main' id='main'
showaddelement='no'>


Tukarlan perkataan no kepada yes. Jom kita cuba membuatnya.



Kembali ke Arkib
Box 1
Klik Icon