Cataloged Autobiography BERKENAAN SAYA Hello. Saya adalah self-taught web designer yang banyak menghabiskan masa meneroka penggunaan CSS dan HTML. Blogging hanyalah hobi. Teruskan membaca.. | The Readable Journal MENEROKA ARTIKEL Teroka artikel berhubung dengan tutorial, contoh dan penggunaan CSS dan HTML dalam web design di ruang ini. Web design menyeronokan. Ke tutorial...Klik sini | Astrolab Tool KATEGORI ARTIKEL Suatu sistem yang berfungsi untuk membantu menjelajahi topik-topik terkait dan menyenaraikan pelbagai sub-bahagian artikel...Klik sini |
CSS3: BAHASA WEB UNTUK MASA HADAPAN |
July 28, 2009 Posted by: Fauzie |
Topik hangat dibincangkan dalam dunia web design sekarang ini ialah CSS3. Ura-ura untuk menjadikan CSS3 sebagai generasi "style sheets" terbaru telah lama diperkatakan. Tetapi hingga hari ini "specification documentation" masih belum dicapai oleh semua pihak yang terlibat terutama "internet browser provider".
Semua yang terlibat dalam "web development" nampaknya sudah tidak sabar menunggu pelancaran dan penggunaan CSS3 ini. Beberapa syarikat penyedia "browser" sudah mula memperkenalkan kaedah yang boleh menerima "feature" baru yang disediakan dengan CSS3.
Opera dan Safari (dari syarikat Apple) sedang giat berusaha untuk menerima ciri-ciri baru CSS3 dalam "browser" mereka dan Mozilla Firefox juga sedang menjurus ke arah yang sama. Hanya Microsoft yang menyediakan Internet Explorer tidak ambil berat dengan perkembangan ini.
Jika anda seorang yang suka menggunakan IE untuk melayari website,saya kira anda dalam kerugian. Ini adalah kerana "feature" dari kaedah yang disediakan dengan menggunakan CSS3 tidak akan dapat dilihat dengan IE. Sebagai contoh "rounded corner" (bucu bulat) dan juga "drop shadow" atau bayang-bayang yang dibina menggunakan "pure CSS styling code" ini tidak dapat diterima oleh IE.
Adalah dijangkakan penggunaan order baru ini hanya akan dapat dilaksanakan dalam masa 1 hingga 2 tahun lagi. Walaupun tarikh perlaksanaan ini masih lama, ia tidak bererti kita tidak perlu ambil tahu. Jika anda berminat dalam web design dan juga "styling", CSS3 adalah merupakan perkara baru yang akan memberi "some cool new design features".
Untuk beberapa rencana yang akan datang, saya akan cuba membincangkan CSS3 ini dengan memberi beberapa contoh yang dibina dengan menggunkan kod-kod CSS untuk kita berkongsi bersama.
Apakah CSS dan CSS3
Secara ringkas, CSS merujuk kepada singkatan perkatan "Cascading Style Sheets"--bahasa mark-up atau "Mark-up Language" untuk memberi "style" kepada website. CSS3 adalah generasi ke tiga dalam dunia CSS dan ia adalah bahasa "style sheet" terkini.
Kebanyakan "styles" atau "features" yang dibina dengan CSS3 masih tidak boleh diterima oleh semua browser, terutama IE. Sesuatu yang nampak cantik dengan IE mungkin tidak "molek" dilihat dengan browser Firefox, Opera atau Safari. Begitu juga sebaliknya.
Sebelum mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam hal "browser" ini mencapai satu kaedah yang sama, mari kita belajar CSS3 ini kerana bagi saya ia adalah satu kaedah yang seronok untuk dipelajari, tidak terlalu susah dan yang paling penting ialah tidak menggunakan script seperti javaScript atau jQuery.