Cataloged Autobiography
BERKENAAN SAYA
Hello. Saya adalah self-taught web designer yang banyak menghabiskan masa meneroka penggunaan CSS dan HTML. Blogging hanyalah hobi. Teruskan membaca..
The Readable Journal
MENEROKA ARTIKEL
Teroka artikel berhubung dengan tutorial, contoh dan penggunaan CSS dan HTML dalam web design di ruang ini. Web design menyeronokan. Ke tutorial...Klik sini
Astrolab Tool
KATEGORI ARTIKEL
Suatu sistem yang berfungsi untuk membantu menjelajahi topik-topik terkait dan menyenaraikan pelbagai sub-bahagian artikel...Klik sini



TUTORIAL MEMBINA LAYOUT WEBSITE: PENGENALAN
December 28, 2009
Posted by: Fauzie


Tutorial ini disediakan adalah selepas saya mencuba membuat web design sendiri untuk mini site yang lebih dikenali dengan panggilan hcard. Walaupun penggunaan mini site ini terhad, ia sebenarnya menjurus kepada pembinaan "personal site" yang boleh digunakan sebagai e-business card untuk di letakkan di dalam sesuatu email.

1. Pengenalan

Nota: Tutorial ini beranggapan anda mempunyai sedikit pengetahuan tentang CSS dan HTML dan faham bagaimana ia berfungsi. Jika anda tidak pernah menggunakan CSS sebelum ini, anda bolehlah melayari blog atau website yang banyak menerangkan apa itu CSS dan HTML. Tutorial ini disediakan dengan cara mudah dan anda tidak perlu bimbang untuk mencubanya.

Tutorial ini akan cuba menunjukkan kepada anda proses pembikinan layout dengan menggunakan Cascading Style Sheet atau CSS dan juga HTML. Saya akan cuba menerangkan konsep di setiap langkah yang diambil dalam pembinaan contoh web design ini.

Contoh design yang ditunjukkan dalam tutorial ini adalah jenis "one page static website layout". Ia berdasarkan kepada konsep hcard yang mana menjurus kepada pembinaan mini site yang diperkenalkan oleh web designer Tim Van Damme.
.

Tutorial ini bukan hendak menjadikan anda seorang web designer kerana saya sendiri bukan seorang pakar dalam bidang ini. Tujuan utama ialah untuk berkongsi ilmu.

Nota: Untuk latihan ini, sila gunakan browser terkini (moden) seperti Firefox 3.5 ke atas atau Safari. Ini adalah kerana banyak "feature" yang digunakan dalam contoh layout ini tidak sesuai dengan Internet Explorer (IE).