Cataloged Autobiography
BERKENAAN SAYA
Hello. Saya adalah self-taught web designer yang banyak menghabiskan masa meneroka penggunaan CSS dan HTML. Blogging hanyalah hobi. Teruskan membaca..
The Readable Journal
MENEROKA ARTIKEL
Teroka artikel berhubung dengan tutorial, contoh dan penggunaan CSS dan HTML dalam web design di ruang ini. Web design menyeronokan. Ke tutorial...Klik sini
Astrolab Tool
KATEGORI ARTIKEL
Suatu sistem yang berfungsi untuk membantu menjelajahi topik-topik terkait dan menyenaraikan pelbagai sub-bahagian artikel...Klik sini



FAKTOR PENINGKATAN PENDAPATAN ADSENSE: TIP III
March 24, 2009
Posted by: Fauzie


Ramai beranggapan buat duit dengan Adsense perkara mudah.
Tetapi pada realitinya ia mengambil masa yang lama untuk mendapatkan "bayaran pertama" daripada Google iaitu USD 100.

Banyak e-book telah ditulis berhubung dengan perkara-perkara atau cara-cara yang dapat meningkatkan pendapatan (earning capacity) Adsense ini. Kebanyakan e-book ini merujuk kepada 4 element penting yang dipercayai dapat atau boleh meningkatkan CTR (click through rate) dan seterusnya meningkatkan pendapatan Adsense kita. Pada dasarnya, element-element tersebut adalah:

Jumlah Penggunjung (traffic)-secara teori, lebih ramai yang menggunjung blog kita, lebih banyak iklan Adsense akan diklik. Oleh yang demikian berbagai cara telah dibuat untuk meningkatkan jumlah traffic.

Kualiti Iklan -tidak semua iklan yang disediakan oleh Google itu berkualiti (mahal). Kualiti iklan bergantung kepada harga atau bayaran yang telah dibayar oleh pengiklan kepada Google. Jika iklan Adsense anda mempunyai nilai yang tinggi, sudah tentu pendapatan Adsense anda akan meningkat (jika iklan-iklan ini diklik).

Untuk mendapatkan iklan-iklan bernilai "tinggi" ini, blog anda mestilah ditulis dengan baik. Banyak blog yang "buat duit" adalah blog-blog yang membincangkan perkara-perkara barangan berteknologi tinggi dan juga "product review" ke atas barangan elektronik.