Cataloged AutobiographyBERKENAAN SAYA
Hello. Saya adalah self-taught web designer yang banyak menghabiskan masa meneroka penggunaan CSS dan HTML. Blogging hanyalah hobi. Teruskan membaca..
The Readable Journal
MENEROKA ARTIKEL
Teroka artikel berhubung dengan tutorial, contoh dan penggunaan CSS dan HTML dalam web design di ruang ini. Web design menyeronokan. Ke tutorial...Klik sini
Astrolab Tool
KATEGORI ARTIKEL
Suatu sistem yang berfungsi untuk membantu menjelajahi topik-topik terkait dan menyenaraikan pelbagai sub-bahagian artikel...Klik sini



GOOGLE ADSENSE: TIP ADSENSE BAHAGIAN I
March 12, 2009
Posted by: Fauzie


Persoalan yang kerap dilontarkan bila kita membincangkan program Google Adsense ialah bagaimanakah caranya untuk buat duit dan apakah tip-tip yang diperlukan untuk memaksimumkan pendapatan kita.

Secara ringkas, Adsense adalah program pengiklanan yang disediakan oleh Google dan untuk membuka (sign up) akaun Adsense ini ialah percuma. Dengan membuka akaun ini kita berpeluang meletakan iklan-iklan Google ini ke dalam blog atau website kita. Jika iklan-iklan ini diklik oleh pembaca, maka kita akan dibayar oleh Google.

Program ini adalah program buat duit yang paling mudah di internet walaupun pada hakikatnya ianya mengambil masa yang lama untuk kita mencapai jumlah bayaran minima (minimum payout) iaitu USD 100.00 dan sudah tentu program ini memerlukan kita bekerja dengan lebih kuat dan sabar untuk berjaya.

Bagaimana hendak buat duit dengan program Google Adsense ini?

Untuk berjaya mari kita sama-sama berkongsi tip-tip dan cara-cara yang telah digunakan oleh blogger atau "publisher" yang telah berjaya.

Rencana ini adalah merupakan siri pertama dari beberapa rencana yang akan kita bincang. Tip-tip dan cara yang akan diperkatakan adalah merupakan kajian ringkas dan bacaan ke atas rencana-rencana yang disiarkan oleh mereka yang telah berjaya dalam program Adsense ini.