Cataloged AutobiographyBERKENAAN SAYA
Hello. Saya adalah self-taught web designer yang banyak menghabiskan masa meneroka penggunaan CSS dan HTML. Blogging hanyalah hobi. Teruskan membaca..
The Readable Journal
MENEROKA ARTIKEL
Teroka artikel berhubung dengan tutorial, contoh dan penggunaan CSS dan HTML dalam web design di ruang ini. Web design menyeronokan. Ke tutorial...Klik sini
Astrolab Tool
KATEGORI ARTIKEL
Suatu sistem yang berfungsi untuk membantu menjelajahi topik-topik terkait dan menyenaraikan pelbagai sub-bahagian artikel...Klik sini


PENGENALAN KEPADA HTML
April 14, 2008
Posted by: Fauzie



HTML sebenarnya adalah sebuah fail yang mudah ("simple text file"). Untuk menulis dan membentuk fail HTML, apa yang kita perlukan ialah "text editor" (bagi tujuan editing). "Text editor" yang paling mudah untuk digunakan ialah program Notepad dan Microsoft Frontpage. Dalam tutorial ini, kita hanya akan belajar menggunakan Notepad.

Apa yang dimaksudkan dengan HTML?

HTML adalah singkatan Hyper Text Markup Language
Ianya merupakan "text file" yang mempunyai "markup tags"
"Markup tags" ini yang akan memberitahu web browser rupa dan bentuk sesuatu webpage itu
Fail HTML mestilah mempunyai htm atau html "file extension"
Di bawah ini adalah contoh kod <html>. Sila anda taip dalam Notepad untuk mengetahui bagaimana Text Editor digunakan untuk membina webpage.

Taip kod-kod berikut:


<html>
<head>
<title>title of page</title>
</head>
<body>
INI ADALAH WEBPAGE PERTAMA SAYA
</body>
</html>


Klik Save As->taipkan file name mypage.html->Klik Save

Nota: Pastikan File Name anda diikuti dengan .html"

Kemudian buka web browser(internet explorer). Di bahagian tool bar di atas, klik File->Open File-> dan taip nama fail anda yang telah disimpan tadi dan klik Open. Anda akan dapati ayat "INI ADALAH WEBPAGE PERTAMA SAYA" akan muncul.

Penggunaan Notepad ini adalah sebagai tempat di mana anda menulis kod HTML dan juga tempat di mana anda boleh membuat edit.