Cataloged AutobiographyBERKENAAN SAYA
Hello. Saya adalah self-taught web designer yang banyak menghabiskan masa meneroka penggunaan CSS dan HTML. Blogging hanyalah hobi. Teruskan membaca..
The Readable Journal
MENEROKA ARTIKEL
Teroka artikel berhubung dengan tutorial, contoh dan penggunaan CSS dan HTML dalam web design di ruang ini. Web design menyeronokan. Ke tutorial...Klik sini
Astrolab Tool
KATEGORI ARTIKEL
Suatu sistem yang berfungsi untuk membantu menjelajahi topik-topik terkait dan menyenaraikan pelbagai sub-bahagian artikel...Klik sini


PERENGGAN
April 14, 2008
Posted by: Fauzie



Dalam seksyen ini kita akan mempelajari bagaimana membuat perenggan dengan HTML. Sila buka fail dalam text editor anda dan taipkan ayat yang diwarnakan seperti di bawah ini dan lihat dokumen tersebut dalam browser.


<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Strict//EN"
"http://www.w3.org/TR/xhtmll-strict.dtd">

<html>

<head>

<title>Webpage Saya</title>

</head>


<body>

Ini adalah webpage saya yang pertama dibina sendiri
Lihat bagaimana saya membuat website ini dengan HTML

</body>

</html>


Anda mungkin beranggapan ayat tersebut akan kelihatan seperti yang telah anda taip seperti berikut:


Ini adalah webpage saya yang pertama dibina sendiri
Lihat bagaimana saya membuat website ini dengan HTML

Tetapi ayat yang yang ditunjukkan adalah seperti ini:

Ini adalah webpage saya yang pertama dibina sendiri Lihat bagaimana saya membuat website ini dengan HTML

Untuk mendapatkan ayat seperti yang ditaipkan, kita perlu memberi kod perenggan kepada ayat tersebut. Dalam HTML, kod untuk perenggan ialah tag p

Sila tambah tag ini dalam fail anda tersebut seperti di bawah ini, save dan lihat dokumen ini dalam browser. Anda akan dapati ayat-ayat tersebut menjadi dua baris.

<p>Ini adalah webpage saya yang pertama dibina sendiri</p>
<p>Lihat bagaimana saya membuat website ini dengan HTML</p>

Emphasis


Anda juga boleh membuat "emphasis" ke atas perkatan atau teks dalam bentuk "italic" dengan menggunakan tag em (emphasis) dan juga bold atau tebalkan sesuatu perkatan itu dengan tag strong (strong emphasis).

Sila taipkan atau tambah ayat dan kod-kod seperti di bawah ini ke dalam contoh fail di text editor anda:


<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Strict//EN"
"http://www.w3.org/TR/xhtmll-strict.dtd">

<html>

<head>

<title>Webpage Saya</title>

</head>


<body>

<p>Ini adalah webpage saya yang pertama dibina sendiri</p>
<p>Lihat bagaimana saya membuat website ini dengan HTML</p>
<p>Ya, <em>senang aja</em>. Saya betul-betul <strong>excited</strong>
</body>

</html>


Lihat fail contoh anda ini dalam window browser dan anda akan dapati perkataan senang aja dalam bentuk italic dan perkataan excited menjadi bold atau tebal.



klik sini untuk kembali ke kandungan tutorial