Cataloged AutobiographyBERKENAAN SAYA
Hello. Saya adalah self-taught web designer yang banyak menghabiskan masa meneroka penggunaan CSS dan HTML. Blogging hanyalah hobi. Teruskan membaca..
The Readable Journal
MENEROKA ARTIKEL
Teroka artikel berhubung dengan tutorial, contoh dan penggunaan CSS dan HTML dalam web design di ruang ini. Web design menyeronokan. Ke tutorial...Klik sini
Astrolab Tool
KATEGORI ARTIKEL
Suatu sistem yang berfungsi untuk membantu menjelajahi topik-topik terkait dan menyenaraikan pelbagai sub-bahagian artikel...Klik sini


TAG, ATTRIBUTE DAN ELEMENT
April 14, 2008
Posted by: Fauzie


Tag

Struktur asas dokumen HTML ialah tag. Di dalam contoh kod HTML kita sebelum ini, tag yang pertama kita taip ialah <html>. Tag ini berfungsi dengan memberitahu komputer anda bahawa dokumen HTML ini bermula dari tag ini.

Maklumat atau teks untuk header dalam fail HTML terdapat di antara <head> dan </head>. Maklumat atau "content" dalam bahagian "body" pula terdapat di antara <body> dan </body>.

Tag yang bertanda <....> dipanggil tag buka (an open tag) dan yang bertanda <./...> pula dipanggil tag tutup (a closed tag). Dalam fail HTML, semua maklumat akan dimulai dengan tag buka dan di akhiri dengan tag tutup.

Untuk contoh di atas:

tag <html> ditutup dengan </html>
tag <body> ditutup dengan </body>
tag <title> ditutup dengan </title>

Attribute

Tag-tag HTML mempunyai apa yang dipanggil Attribute. Attribute adalah maklumat tambahan dalam HTML. Ia mempunyai nama dan "value" dan ditulis di dalam "quotation marks".

Contoh-contoh Attribute adalah seperti berikut:

<h1> - memberitahu komputer ianya adalah untuk permulaan "heading" atau tajuk sesuatu teks dan,

<h1 align="center"> - memberitahu heading (tajuk) akan berada di bahagian tengah (centralized alignment).

Saiz huruf atau font ditentukan dengan nombor selepas huruf "h". Dalam HTML terdapat nombor 1 hingga 6. h1 bermaksud huruf heading adalah yang terbesar dan h6 adalah yang terkecil

<body bgcolor="yellow" - memberitahu warna latar belakang atau backgound color ialah kuning (yellow)

<table border="1"> - attribute untuk membuat table dan bordernya adalah nipis ("1")

Kod-kod ini adalah contoh attribute untuk membuat teks seperti di bawah. Anda boleh mencubanya dengan menaip kod-kod ini di Notepad, save dan buka di window browser seperti dalam tutorial sebelum ini.

<html>
<body>
<h1 align="center">Ini adalah Tajuk 1</h1>
<p>Tajuk di atas berada di bahagian tengah atau centralized alignment dan ianya boleh diubah ke kanan atau ke kiri dengan menukar perkataan "center" kepada "right" atau "left".</p>
</body>
</html>


Ini adalah Tajuk 1

Tajuk di atas berada di bahagian tengah atau centralized alignment dan ianya boleh diubah ke kanan atau ke kiri dengan menukar perkataan "center" kepada "left" atau "right".




Kita boleh juga membuat border dan mewarnakan latarbelakang bagi contoh di atas. Cuba taip kod-kod ini dalam text editor anda (Notepad) dan kemudian lihat melalui browser (sila rujuk dalam tutorial Asas HTML)

<html>
<body>
<table border="1" width="100%" cellpadding="2"
<td bgcolor="yellow">
<h1 align="center">Ini adalah Tajuk 1</h1>
<p>Tajuk di atas berada di bahagian tengah atau centralized alignment dan ianya boleh diubah ke kanan atau ke kiri dengan menukar perkataan "center" kepada "right" atau "left".</p>
</td>
</tr>
</table>
</body>
</html>



Ini adalah Tajuk 1

Tajuk di atas berada di bahagian tengah atau centralized alignment dan ianya boleh diubah ke kanan atau ke kiri dengan menukar perkatan "center" kepada "left" atau "right".




Element

Element pula merupakan bahagian-bahagian di antara tag-tag HTML. Sebagai contoh, apa-apa yang berada di antara <body> dan </body> dipanggil "Body Element" dan teks yang berada di antara <title> dan </title> dipanggil "Title Element".


klik sini untuk kembali ke kandungan tutorial