Cataloged AutobiographyBERKENAAN SAYA
Hello. Saya adalah self-taught web designer yang banyak menghabiskan masa meneroka penggunaan CSS dan HTML. Blogging hanyalah hobi. Teruskan membaca..
The Readable Journal
MENEROKA ARTIKEL
Teroka artikel berhubung dengan tutorial, contoh dan penggunaan CSS dan HTML dalam web design di ruang ini. Web design menyeronokan. Ke tutorial...Klik sini
Astrolab Tool
KATEGORI ARTIKEL
Suatu sistem yang berfungsi untuk membantu menjelajahi topik-topik terkait dan menyenaraikan pelbagai sub-bahagian artikel...Klik sini



LIST
July 30, 2008
Posted by: Fauzie


Ada tiga jenis List: unordered list, ordered list dan definition list. Di dalam siri ini kita akan lihat apa itu unordered list dan ordered list sahaja.


Pada dasarnya, kedua-dua "list" ini adalah sama. Apa yang membezakan ialah pada unordered list, item ditanda dengan "bullets" dan untuk ordered list, item disusun dengan menggunakan nombor.

Tag untuk unordered list ialah ul dan tag untuk ordered list ialah ol. Dan semua nama dalam list dimulai dengan tag <li> (list) dan ditutup dengan </li>

Contoh Unordered List

Taipkan kod di bawah ini dalam notepad (text editor), save file dan buka dalam browser.

<html>
<body>
<h4>Contoh Unordered List</h4>
<ul>
<li>Kopi</li>
<li>Gula</li>
<li>Teh</li>
</ul>
</body>
</html>


Contoh Ordered List

Taipkan kod seperti di bawah ini dalam notepad (text editor), save file dan kemudian buka fail dalam browser.

<html>
<body>
<h4>Contoh Ordered List</h4>
<ol>
<li>Kopi</li>
<li>Gula</li>
<li>Teh</li>
</ol>
</body>
</html>


Di bawah ini adalah apa yang akan anda peroleh dengan menaip kod-kod html di atas:

Contoh Unordered List

  • Kopi
  • Gula
  • Teh

Contoh Ordered List

  1. Kopi
  2. Gula
  3. Teh


klik sini untuk kembali ke kandungan tutorial