Cataloged AutobiographyBERKENAAN SAYA
Hello. Saya adalah self-taught web designer yang banyak menghabiskan masa meneroka penggunaan CSS dan HTML. Blogging hanyalah hobi. Teruskan membaca..
The Readable Journal
MENEROKA ARTIKEL
Teroka artikel berhubung dengan tutorial, contoh dan penggunaan CSS dan HTML dalam web design di ruang ini. Web design menyeronokan. Ke tutorial...Klik sini
Astrolab Tool
KATEGORI ARTIKEL
Suatu sistem yang berfungsi untuk membantu menjelajahi topik-topik terkait dan menyenaraikan pelbagai sub-bahagian artikel...Klik sini



TUTORIAL: ASAS HTML
April 14, 2008
Posted by: Fauzie


Apabila kita memperkatakan tentang web design, dua perkara penting pasti tidak dapat dipisahkan:



* HTML
* CSS

Kedua-dua perkara ini adalah fail kod yang ditulis untuk membentuk sebuah website. HTML lebih merujuk kepada "content" atau isi website dan CSS pula merujuk kepada "presentation" website tersebut.

Dalam bahagian tutorial ini, tumpuan akan diberi kepada penggunaan HTML dan CSS. Tutorial ini disediakan kepada sesiapa yang tidak mempunyai asas tentang HTML dan CSS sebelum ini. Pada pendapat saya, CSS dan HTML mudah untuk difahami dan diikuti dan saya telah pun menyediakan contoh-contoh untuk anda pelajari.